PENGERTIAN SIHAT & SAKIT
Dari sudut sains, kalau kita sakit maknanya sel kita yang sakit. Dan kalau kita sihat, yang sihat adalah sel badan kita. Contoh sel adalah seperti kulit kita. Adakah tulang dan darah kita juga dipanggil sel ? Jawapannya ialah ye. Dan adakah rambut kita juga sel ?. Jawapannya Ye. Jadi sel adalah seluruh badan kita. Dimana terdapat antara 60 ke 80 trillion sel di anggota tubuh badan kita. Kalau kita sakit jantung, yang sakit adalah sel jantung kita. Dan kalau kita sakit kencing manis, yang sakit bukanlah kencing tu manis tapi sel pancreas kita yang sakit. Dan kalau sakit darah tinggi, sel di pembuluh darah yang sakit.
Oleh itu, biasanya kalau kita sakit kita akan ambil ubat dari dari klinik atau hospital. Bila dah ambil ubat maka sakit kita lega. Sebenarnya cara ubat tadi adalah dengan cara memulihkan serta melambatkan kematian sel. Cara ini adalah dipanggil konsep antioxidant yang telah diguna pakai selama 15 ke 20 tahun dulu.
Kita tahu bahawa setiap hari sel badan kita ada yang mati dan ada yang hidup. Daripada kajian yang dilakukan, sejak kita lahir hingga umur 25 tahun, sel yang hidup lebih banyak dari yang mati. Jadi tiada masalah sangat tentang kesihatan. Tetapi selepas berumur 25 tahun keatas, apa yang terjadi adalah sel mati lebih banyak dari sel yang hidup. Masa inilah kesihatan badan kita mula menghadapi masalah kesihatan. Kenapi ini terjadi ? Sebenarnya sel kita terjadi hasil dari pengeluaran dari tulang sum sum kita daripada sel stem atau nama lain juga dipanggil sebagai ibu sel atau sel induk dewasa. Pengeluaran sel ini mencukupi dihasilkan oleh tulang sum sum kita sejak kita lahir sehingga kita berusia 25 tahun. Selepas umur kita melebihi 25 tahun, lama kelamaan akan mengakibatkan sel mati lebih banyak dari sel hidup. Jika ia dibiarkan berlarutan akan mengakibatkan kita akan dapat penyakit degenerative seperti yang popular di Negara kita iaitu darah tinggi, kencing manis, kolestrol dan lain lain penyakit.
Pada ketika ini tiada cara yang ditemui untuk menghasilkan pengeluaran sel dari tulang sum sum kita dengan banyaknya seperti umur kita bawah 25 tahun. Samada kita ambil cara ubat hospital , kedai farmasi maupun supplement masih lagi tidak boleh dilakukan. Penemuan yang diguna pakai ketika ini adalah hanya dengan melambatkan kematian sel atau nama lain yang dipanggil era Antioksida. Kini dengan revolusi kesihatan terkini, para saintis telah menjumpai kaedah teknologi baru iaitu stem sel. Stem sel yang dimaksudkan disini adalah stem sel diri kita sendiri dan bukan dari stem sel tumbuhan ataupun binatang. Stem sel tersebut tidak boleh digunakan untuk mengantikan sel badan kita kerana DNA nya adalah tidak sama dengan kita manusia.
Saintis telah menjalankan kajian sejak dari tahun 1960an dan menemukan Alga biru hijau atau nama saintifiknya Aphanizomenom flos Aque atau nama singkatannya AFA. Daripada kajian yang telah didokumentasikan didalam jurnal perubatan saintis mendapati AFA ini boleh merangsangkan semula pengeluaran sel baru dari tulang sum sum kita seperti biasa dengan banyaknya. Bahan AFA ini adalah satu satunya kaedah yang boleh merangsangkan pengeluran sel didunia ketika ini dan tiada cara lain yang mampu melakukan dengan cara demikian.
In Sha Allah, setiap sakit ada penawarnya
Kita ikhtiar sehabis baik utk kesihatan kita
Ditambah doa n tawakal pd ALLAH SWT
No comments:
Post a Comment